mutiara kata


Ya Allah....Jdiknlah cintaku kpdMU sbg s'suatu yg plng aku sukai... Dan rsa takutku pdMU sbg suatu rsa yg plng dlm.... Putusknlah sgla k'tergantungn dunia dri ku.... Dan gantilah dg rsa rindu utk brjumpa dgMU.... 


**********************************************************************************************************

 Letak MALU pada PANDANGAN...
Letak MALU pada PERCAKAPAN...
Letak MALU pada PENDENGARAN..
Letak MALU pada PERBUATAN...
Barulah dikatakan MALU sebahagian daripada IMAN.. :-)

*************************************************************************************************************
Beruntunglah orang yang diuji dan bertuahlah mereka yang Bersabar..Kerana Allah mahu tetapkan mereka dalam perjuangan dan maHu lebihkan mereka dengan Syurga

 *************************************************************************************************************
ܓBerterima kasihlah pada yang kalah, kerana mereka kita menjadi juara.
ܓBerterima kasihlah pada yang menegur, kerana mereka mungkin kita di syurga.
ܓBerterima kasihlah pada yang menyokong, kerana mereka kita punya sumber kekuatan.
ܓBerterima kasihlah pada yang memberi, kerana mereka kita menjadi seperti sekarang.
ܓBerterima kasihlah pada yang berjasa, kerana mereka kita merasa sebuah kehidupan.
ܓBerterima kasihlah pada Allah, kerana setiap ujian yang datang menjadikan kita lebih baik!!

Orang sengaja memuji untuk menguji.Orang suka mengarah untuk lihat kita marah.Orang suka mengajuk untuk lihat kita merajuk.Orang sengaja dengki untuk lihat kita sakit hati.pandai2 la bawa diri. jgn ikutkan hati nanti mati, jangan ikutkan perasaan nanti binasa, gunakan AKAL supaya semua terkawal.. :D

*************************************************************************************************************
Cinta

Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya.
Anda sebenarnya silap dan terperangkap apabila persahabatan dan semangat setiakawan yang terbina bertahun-tahun berakhir dengan ungkapan cinta.
Cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap, perbuatan dan tindakbalas yang dipamerkan oleh seseorang, bukannya dari kata-kata bermadah walaupun terlalu indah.
Orang yang terlalu banyak berjanji semasa bercinta adalah orang yang keliru dengan perasaannya sendiri.
Cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran dan bukannya pengorbanan membuta tuli. Mereka yang sanggup berkorban demi cinta adalah orang yang tidak pernah memahami erti cinta sebenar.
Anda sebenarnya tidak pernah jatuh cinta atau dicintai sekiranya  anda mengatakan sering gagal dalam percintaan.
Kecacatan cinta bukannya terletak atas sebab ‘Cinta Itu Buta’ tetapi disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta.
Anda adalah insan yang kecewa sebelum waktunya sekiranya anda sering mengucapkan “Aku Cinta Padamu” dan “Adakah Kau Mencintaiku?”
Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang.

*************************************************************************************************************

kehidupan

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !