joke

Seorang pekerja lelaki bekerja di tingkat 13 menara
KLCC. Tiba-tiba seorang menjerit..
"Omar.. Omar.. isteri engkau telefon ada kecemasan..!"

Kerana panik, lelaki ini terus meloncat keluar melalui
tingkap... dari tingkat 13 itu.
Ketika dia menghampiri tingkat 9, baru dia teringat
bahawa dia tidak tidak ada isteri..

Setelah dia menghampiri tingkat 5, baru dia tersedar
yang dia belum berkahwin..
Dan ketika dia hampir menyentuh tanah.... barulah dia sedar yang namanya bukanlah Omar..

~hehehehehe~



Keluhan seorang SUAMI:

Subuh, mandi nak pergi kerja.
Pagi, naik kereta pergi kerja.
Tengahari, tak payah kerja.
Petang, balik kerja.
Maghrib, tak ada kerja.
Malam, tanya bini bole kerja.
Bangun pagi, penat malam tadi kerja.
Tak sudah-sudah dengan kerja.

Keluhan seorang ISTERI:

Subuh basuh kain.
Pagi sidai kain.
Tengahari angkat kain.
Petang lipat kain.
Maghrib susun kain.
Malam BUKA KAIN.
Bangun pagi, hilang kain.
Tak sudah-sudah dengan kain..



SEMBAHYANG JUMAAT


Rizal pergi kesebuah masjid untuk mendengar khutbah. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan xikhlas segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.

Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum lebar. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".

Rizal,errrrrrr!

hehe
Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" isteri (is three). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS.... tambah "s" je, kan?

Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi...

HAHA...




SAZALI DAN USTAZ..


SAZALI : kalau kite pegang babi.. haramkan ustaz..



USTAZ : Ya.. haram.. Sebab babi tu najis mughallazah..



SAZALI : Kalau tengok je babi 2.. berdose x ustaz..


USTAZ : Kalau tengok je x lah berdose zali..


SAZALI : Kalau kita tengok perempuan yang x tutup aurat.. berdose x ustaz..


USTAZ : Kalau perempuan yang x tutup aurat kita tengok.. BERDOSE.. kalau saje2 tengok pun berdosa.. lagi lah berdosa kalau kite pegang..

SAZALI : Ooo.. maknanye perempuan yg x tutup aurat lbh teruklah ye dr binatang tu ustaz..

USTAZ : kamu nieee zali.. #$^&*^%$#@@#%^**^&%$##@

renung2kn n slamat beramallll.. lalaaa30x . . .



CIKGU DAN SALMAN..
CIKGU : Awak lukis ape tu salman..
SALMAN : Kude tengah makan rumput cikgu..

CIKGU : Mane rumpunye..
SALMAN : Dah habis kene makan kude cikgu..

CIKGU : Mane kudanye..
SALMAN : Rumput dah habis kude pun dah pergi cikgu..

CIKGU : hampehhhyee salmannnnn..

hahahaaaa30x . . 







Tahukah anda demam Justin Bieber..

MILAH : mak.. saye hamil..

MAK : apa milahhh.. sekarang kamu bagitau mak sape bapaknye..

MILAH : teman lelaki milahhh makkk.. Justin Bieber..

MAK : *PANGG.. Justin Bieber tu mak punye leee.. jgn harap ko boleh rampas kebahagiaan mak dengan die..

hahaaa30x . . .